Karya Khadijah Gani

NURKHADIJAH AB. GANI
Penulis adalah seorang ibu surirumah sepenuh masa sejak 16 tahun yang lalu telah dikurniakan 5 orang cahayamata (Fathi, Fatihah, Fahmi, Farihin, Farihah) dan mempunyai seorang anak susuan (Muhammad Zaid Nizam).
Penulis merupakan anak jati Johor yang dilahirkan pada 13 Julai 1982. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Sains Kemanusiaan dan Ilmu Wahyu daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak pada tahun 2005 dalam pengkhususan Sains Politik.
Penulis merupakan Guru al-Quran Johor Bahru dengan memperoleh tauliah mengajar daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sejak tahun 2018 sehingga kini dan masih lagi mengajar mengaji di rumah dan melalui online atas permintaan. Penulis telah memulakan kariernya mengajar mengaji di rumah sejak tahun 2012. #homeschooler
Berhadapan dengan anak murid mengaji yang ramai serta isu anak murid yang kebanyakannya tidak mengenali huruf tunggal dan keliru baris, penulis mengambil inisiatif mencipta dan menerbitkan sendiri (swaterbit) bahan bantu mengajar mengaji iaitu Kad Imbas Khadijah (2013) dan Poster Hijaiyyah Suka Mengaji (2014) yang menggunapakai konsep story telling mengenal ciri dan bentuk huruf.
Seterusnya, pada tahun 2015 penulis telah menerbitkan E-book Mendorong Anak/Pelajar Membaca al-Quran yang kini telah dikemaskini dan diterbitkan menjadi buku fizikal dan diubahsuai tajuknya menjadi Saya Suka Mengaji diterbit semula di bawah Telaga Biru.
Buku pertama penulis, Bukan Sekadar Homeschooling diterbitkan pada 2017, diikuti buku kedua, Saya Suka Mengaji (2018), Kad Imbas Khadijah (KIK) dan Poster Hijaiyyah Suka Mengaji juga diterbitkan semula pada tahun yang sama diikuti Buku Rekod Mengaji (2019).
Seterusnya penulis bergabung pengalaman dalam projek buku antologi motivasi penyusuan susu ibu, Titisan Berharga Buat Si Manja serta satu lagi projek buku antologi, Kisah Mengaji Dulu-Dulu (2020).
Penulis kembali menghasilkan karya swaterbit, My Giant Map Lil Farihin (2021) selain menerbitkan karya selain buku iaitu penanda kayu al-Quran dan jawi (khat Kufi & Nasakh) dan rehal meja kayu suka mengaji (2022) mengikut permintaan demi memartabatkan seni khat melalui seni ukiran kayu.
Terbaharu, Julai 2023, penulis telah menerbitkan My Hijaiyyah Busybook Lil Farihin secara swaterbit (handmade). Kini, edisi kemaskini Oktober 2024 dibuat atas permintaan dengan tambahan 3 lagi aktiviti yang menarik!
Buku seterusnya terbit pada Ogos 2023 iaitu Bestnya Akhlak : Sibling Rivalry di bawah terbitan SIRI BESTNYA IRFAN FONER. Untuk pembelian Kombo bersama Buku Bestnya Solat & Doa dengan hadiah kit istimewa, klik di sini - https://bestnya.com.my/order/form/KomboSibling/Nurkhadijah
TERKINI, September 2023, buku berkembar penulis akhirnya telah diterbitkan di bawah PTS dengan tajuk Mendorong Anak Suka Mengaji & Mengajar Anak Berkeperluan Khas Mengaji.
Untuk pembelian Kombo bersama Buku Mendorong Anak Suka Membaca & sesi webinar percuma bersama penulis, klik di sini - https://ikramacademy.onpay.my/order/form/mendorongmengaji/ustazahkhadijah
Penulis juga memulakan karier sebagai penulis upahan (ghostwriter) sejak tahun 2022 ada menawarkan perkhidmatan bagi sesiapa yang berminat menulis buku (tetapi tiada masa), menuliskan proposal buku ke rumah penerbitan yang bersesuaian, menulis buku bergenre komik pendidikan dan buku bergambar kanak-kanak, menyemak dan menyusun semula modul pengajaran dan pembelajaran berkaitan pengajian al-Quran termasuk juga jawi serta membantu menguruskan penerbitan alat bantu mengajar seperti flashcard.
Bagi yang berminat menjadi affiliate buku-buku dan karya penulis, sila daftar di sini :
https://khadijahgani.onpay.my/affiliate/login
Penulis boleh dihubungi melalui emel
2014
Keratan akhbar Metro 23 Julai 2014
2015
Percubaan pertama Apps Android
2016
Terbitan pertama My Busybook KIK saiz A4
Terbitan kedua My Busybook KIK saiz A5
2017
Buku pertama yang terbit pada November 2017
2018
Penjenamaan dan penerbitan semula Kad Imbas Khadijah & Poster Hijaiyyah Suka Mengaji di bawah Telaga Biru, Februari 2018.
Keratan akhbar Kosmo! sempena pelancaran buku kedua, Saya Suka Mengaji di PBAKL, Mei 2018
2019
Buku Rekod Mengaji telah menjadi best seller dengan ulang cetak 10 000 unit dalam tempoh 1 tahun sehinggakan terdapat satu buku dengan tajuk yang sama dengan susunan isi kandungan yang sama juga telah diterbitkan oleh penerbit lain pada tahun berikutnya.
Diharap para pembaca dan pengguna berhati-hati untuk mendapatkan yang original hanya daripada TELAGA BIRU sebagai tanda solidariti kepada penulis dan katakan TIDAK kepada perbuatan plagiat!
2020
Penulis mencuba bidang baru yang masih terkait dengan buku dan al-Quran. Seni ukiran kayu mempunyai kecantikan dan kepuasannya tersendiri. Tema dan nama untuk ukiran boleh diubah mengikut permintaan.
Penanda buku kayu ini juga mempunyai versi yang lebih kecil dan comel khas untuk anak-anak. Desain dibuat sepenuhnya oleh penulis bersama anak-anak.
2021
My Giant Map Lil Farihin - poster belajar yang besar bersaiz A1 mengandungi perbezaan fungsi 3 tanwin & baris satu, banding beza makhraj 2 huruf, banding beza makhraj 3 huruf serta banding beza huruf tunggal dengan huruf bersambung.
2022
Kini dibuka tempahan untuk Rehal Kayu Suka Mengaji edisi terkini! Sila klik link ke Linktree untuk mendapatkan borang tempahan.
2023
My Hijaiyyah Busybook Lil Farihin edisi pertama sudah diterbitkan secara SWATERBIT pada 7/7/2023.
Setiap pembelian busybook ini akan disertakan sekali My Giant Map Lil Farihin (free gift).
BUKU BARU TERBIT
JULAI 2023
KOMIK BESTNYA AKHLAK :
SIBLING RIVALRY
Untuk pembelian SET KOMBO SIBLING
(Bestnya Akhlak + Bestnya Solat + Bestnya Doa + Kit Pendamai + Kotak Eksklusif)
Klik link ini - https://bestnya.com.my/order/form/KomboSibling/Nurkhadijah
BUKU BARU TERBIT
DISEMBER 2023
ANEKDOT PENCINTA AL-QURAN
BUKU BARU TERBIT
SEPTEMBER 2023
MENDORONG ANAK SUKA MENGAJI
&
MENGAJAR ANAK BERKEPERLUAN KHAS MENGAJI
My Busyboook Lil Farihin edisi kemaskini Oktober 2024
--------------------------------------------------------------------
Link Tree :
https://linktr.ee/KhadijahGani
Follow Telegram Channel : https://t.me/Khadijah_Gani
Website rasmi : https://khadijahgani.wordpress.com/